Perutusan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Terima kasih kepada para pengunjung laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN).
Semoga laman web ini dapat memberikan maklumat yang tepat dan lengkap kepada para pengunjungnya.

JPKN adalah sebuah jabatan yang telah diberi mandat untuk merancang dan melaksanakan pembangunan
serta pelaksanaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam negeri Sabah. Justeru, JPKN komited dalam
memberikan maklumat terkini mengenai perkembangan terkini pembangunan dan pelaksanaan ICT
dalam Kerajaan Negeri Sabah.

JPKN juga sentiasa terbuka kepada teguran positif dan cadangan penambahbaikan yang berterusan daripada
para pengunjung dan para pelanggannya. Semoga laman web ini menjadi pusat rujukan kepada para pelawat dan
maklumat di dalamnya dapat memberikan manfaat kepada semua.


Sekian dan terima kasih.

Ernywati Dewi Abas
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

SABAH MAJU JAYA